Wednesday, May 13, 2009

Saranan Buat SIGMA Berpencak Lebih Pantas!

Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti

"Muslimat POWER, POWER, POWER !!! "

yang dilaungkan bermula dari STIGMA (Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu. Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', elemen 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekat lama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. Orang Jepun sendiri dilatih majikan mereka untuk menyebut ikrar kerja mereka 20 kali setiap hari sebelum memulakan sesuatu kerja. Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.

Dalam banyak program-program yang saya ikuti tersebut, antara persoalan dan elemen yang pernah dibincangkan adalah berkaitan dengan isu 'gerakan muslimat'. Dalam satu sesi brainstorming saya mencadangkan untuk menerapkan elemen 'feminisme' dalam satu slot yang melibatkan muslimat sahaja. Feminisme bukan dalam ertikata feminisme yang sebenar-benarnya tersebut, tetapi, 'real intention' saya ketika itu adalah untuk menerapkan semangat gerakan muslimat, agar mereka merasai istimewanya menjadi seorang muslimah dan juga tahu di mana posisi muslimat boleh berperanan sewajarnya dengan meningkatkan aspek kepimpinan dalam diri.

Mungkin kerana 'wording' 'feminisme' yang saya gunakan tatkala melontarkan idea tersebut menyebabkan saya mendapat respon mengejut dari beberapa orang muslimin dalam nada dan riak muka yang penuh kerisauan. Saya dah mengagak sebenarnya. Tetapi menarik situasi ini.

Ada yang mengingatkan supaya saya tidak menerapkan elemen feminisme ini kerana isme feminisme ini sendiri adalah antara ideologi yang ditentang. Ada yang mencadangkan agar elemen feminisme ini saya terapkan dalam elemen leadership muslimat yang juga menjadi fokus yang hendak disentuh pada slot tersebut. Tak kurang ada yang mengatakan, elemen feminisme ini perlu diterapkan sekadar sesuai dengan setakat mana muslimat boleh berperanan. Lalu kisah-kisah sirah bagaimana muslimat berperanan sebagai jururawat tatkala peperangan berlaku di zaman Rasulullah dahulu dikisahkan semula sebagai peringatan. Muslimat lebih banyak yang jadi jururawat berbanding yang mengangkat pedang berperang sesama muslimin. Hujah diteruskan lagi. Begitu risau dan nampak 'tak harap' muslimin-muslimin tersebut pada saya.

Saya tersenyum, mula menerangkan dan memberi penjelasan apa yang sebenarnya saya maksudkan.

Saya mengharapkan muslimat boleh pergi jauh dari sekadar yang ada muslimat dalam gerakan kini. Fokus saya adalah kepada muslimat muda, srikandi gerakan. Masalah kelesuan muslimat bukanlah masalah baru yang tiba-tiba muncul, tapi sebenarnya masalah yang telah lama berakar umbi dalam gerakan kita. Hinggakan beberapa sesi kepimpinan PMI-PMI di banyak kampus yang saya perhatikan, termasuk di luar negara, masing-masing pernah meletakkan tunggak 'kebangkitan muslimat' sebagai salah satu fokus dalam ucapan dasar Presiden mereka. Muslimat sentiasa istimewa, sentiasa unik dan berharga. Justeru, treatment rawatan yang diterima juga perlu sentiasa istimewa.

Menyelusuri Sejarah Gerakan Feminisme

Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada penindasan oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.

Sejarah gerakan feminisme ini bermula pada abad ke-18 akibat kemelut yang dialami dan dirasakan oleh golongan wanita. Perjuangan kaum wanita dalam memperoleh hak-haknya pun berlangsung cukup lama. Ini disebabkan beberapa diskriminasi yang kerap terjadi dalam kehidupan seharian mereka, diantaranya, sekatan terhadap kebebasan wanita dalam segala bidang, baik sosial, pendidikan, ekonomi, politik, budaya, sains, pekerjaan dan banyak hal lainnya. Bahkan laki-laki ketika itu menjadi sangat dominan dan superior dibandingkan wanita, sehingga mereka selalu diletakkan di bawah lelaki.

Wanita ketika itu bukan hanya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, apatah lagi mereka dipergunakan segala macam cara, perbuatan-perbuatan tersebut tidak mencontohkan bahawa golongan ini dilayan dengan peri kemanusiaan. Dalam tamadun china, golongan wanita ini kebanyakannya ditangkap atas arahan maharaja untuk dijadikan gundik mereka. Dipisahkan dengan keluarga dan apatah lagi dipaksa menjadi gundik diraja. Dalam tamadun india pula golongan wanita yang ingin berkahwin pula yang dipaksa membayar mahar atau dowry kepada bakal suami mereka. Dan selepas mereka berkahwin, keluarga mertua boleh melakukan apa-apa saja terhadap si isteri. Tamadun arab pula merendahkan wanita serendahnya. Mereka adalah semata-mata simbol seks dan dianggap hina dalam masyarakat. Anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup ataupun disembunyikan seumur hidup bagi mengelakkan malu. Menjadi budaya mereka isteri ditukar-tukar sesuka hati dan ada pula yang mempunyai sehingga puluhan isteri. Kebajikan mereka tidak pernah diambil berat dan mereka dipergunakan sesuka hati.

Gerakan wanita yang dikenal dengan gerakan feminisme dipelopori oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet bertepatan dengan kelahiran era Pencerahan di Barat. Kata feminisme diciptakan pertama kali oleh aktivis sosialis utopis, Charles Fourier pada tahun 1837. Menjelang abad ke 19 feminisme lahir menjadi gerakan yang cukup mendapatkan perhatian di Eropah. Perempuan di negara-negara penjajah Eropah memperjuangkan apa yang mereka sebut sebagai universal sisterhood.

Pergerakan center Eropah ini berpindah ke Amerika dan berkembang pesat sejak penerbitan buku John Stuart Mill, the Subjection of Women (1869). Perjuangan mereka melahirkan feminisme gelombang pertama.

Gerakan Feminisme "Islamik" atau Gerakan Muslimat ?

Apabila ditelusuri sejarah gerakan feminisme ini, sebab dan punca kewujudannya, gerakan seperti ini di zaman kini seolah-olah sudah tidak releven lagi untuk diperjuangkan. Kerana sebab, punca kewujudannya juga telah hilang seperti mana kaedah fiqh yg ada menyatakan Gugur sesuatu hukum, disebabkan gugurnya sebab kewujudan hukum tersebut ”

Dengan kedatangan Islam, wanita dibela habis-habisan, seolah-olah diangkat dari kubangan lumpur yang sangat dalam. Bukan hanya di kalangan wanita pada umumnya, lebih khusus lagi Islam juga melakukan pembelaan kepada mereka yang lemah dan tertindas, seperti anak-anak perempuan yatim, ataupun kanak-kanak.Wanita diberikan hak yang sepatutnya mereka miliki, sesuai dengan fitrah kejadian seorang wanita yang mana Al-Khaliq Allah Taala jua yang lebih mengetahui.

Wanita diangkat martabatnya sebagai golongan yang mulia. Status seorang ibu hinggakan menjadi kunci syurga buat anak-anaknya. Dalam hal-hal ketaqwaan dan keimanan, langsung tidak Allah bezakan antara lelaki dan wanita. Malah kini, wanita terus melangkah dengan lebih jauh, turut mengambil peluang dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran negara. Dewasa ini, bukan sahaja wanita memiliki kuantiti yang ramai, malah turut mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti.

Di sebalik pelbagai kemelut yang dihadapi wanita kini, seperti isu-isu penindasan hak, penderaan dalam rumahtangga, kes-kes rogol dan ragut yang selalu wanita menjadi mangsa, gerakan feminisme yang berteraskan kepada konsep perjuangan persamaan hak antara lelaki dan perempuan demi sebuah cogankata ‘keadilan sejagat’ bukanlah penyelesai terbaik untuk menyelesaikan isu-isu yang telah disebutkan sebentar tadi.

Isu persamaan antara lelaki dan wanita bukanlah isu sebenar yang perlu diperjuangkan. Ianyan hanyalah sekadar satu tempelan atau alasan golongan-golongan tertentu yang berselindung disebalik hakikat bahawa mereka tidak faham dan tidak mahu menggunakan Islam dan syariat Allah sebagai penyelesai kepada segala masalah. Justeru, wanita kini tidak memerlukan gerakan feminisme seperti ini, tetapi apa yang diperlukan adalah sebuah gerakan muslimat @ wanita yang mampu berperanan sepertimana yang Islam telah gariskan. Kita juga tidak perlu lagi kepada Gerakan Feminisme Islamik kerana jika kita letakkan dasar perjuangan feminisme sepertimana yang termaktub dalam definisi sebenar feminisme itu sendiri, mustahil ianya boleh jadi Islamik.

Tapi, andai kita ingin mendefinisikan semula gerakan feminisme ini dengan dasar dan corak bentuk seperti yang Islam gariskan, mengapa tidak kita berintima’ dengan gerakan yang seperti ini? Mungkin SIGMA ( Srikandi Gerakan Muslimat Muda ) sayap kiri GAMIS adalah jawapannya.

"Treatment" Buat Muslimat

Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Kebiasaannya pula dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!

Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.

Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan di luar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.

Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti "Muslimat POWER, POWER, POWER !!! " yang dilaungkan bermula dari STIGMA ( Simposium Tindakan Gerakan MUslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu. Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', elemen 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekat lama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.

Sekadar sedikit luahan rasa saya buat semua muslimat, srikandi gerakan. Kita boleh melangkah jauh, yang penting sedar kenapa kita perlu melangkah, ke mana hendak melangkah dan bagaimana hendak melangkah. Mulakan dengan langkah yang pertama hari ini.

Wallahu a'lam.

:: Nurul Suhadah bt Shuib ::
Vice President II
Maaruf Club UIAM
~SrikandiHarakah~










Tuesday, May 5, 2009

KERTAS KERJA HALATUJU SIGMA




PENDAHULUAN

Ketokohan Saidatina Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan, keilmuan Siti Aisyah dijadikan pembakar semangat untuk mengusai ilmu, kemuliaan Rabiatul Adawiyah dijadikan pedoman untuk sentiasa menjiwai sifat kehambaan dan ketabahan Sumaiyyah dijadikan ikutan untuk tegar menghadapi cabaran dan rintangan.

Barisan Serikandi Agung Islam inilah pencetus kepada perubahan dan kebangkitan muslimat muda untuk memperjuangkan ummah. Tekadnya, akan lahir pada abad ini dengan wajah kini, semangat yang baru dan versi yang semasa barisan pewaris kepada Serikandi Agung Islam silam.

Asasnya, muslimat muda yakin dengan matlamatnya maka perlu terus bergerak. Pokoknya, muslimat muda jelas akan peranannya maka perjuangan ini diteruskan dalam apa jua keadaan dan keupayaan. Biar bertatih mahupun berlari muslimat muda akan terus melangkah membawa misi ummah.

Muslimat muda yang entitinya adalah intelektual dan aktivis, akan lebih berjiwa besar seterusnya memandang maslahah ummah pada hari ini sebagai ’core business’. Memanfaatkan seoptima mungkin ruang dan peluang yang ada, muslimat muda akan membina diri, membela ummah dan memartabatkan Islam.

Justeru, membawa idealisma dan gerakan yang berteraskan Islam yang tulen menjadi tunjang muslimat muda dalam usahanya untuk mengislahkan ummah ke arah kema’rufan dan ketamadunan dari aspek akhlak, budaya dan fikrah.


RASIONAL

Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan. Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islam perlu diberikan penjelasan dengan sebaiknya agar idealisma gerakan-gerakan yang sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat diperbetulkan dan dihapuskan.

Islam tidak pernah sekali-kali merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda. Dengan mengambil semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita dalam melakukan perubahan pada masyarakat.

Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w banyak menyebut tentang wanita, kepimpinan dan keteladanannya. Islam telah membela hak dan memuliakan wanita sama dengan kaum lelaki. Islam memberi hak untuk wanita menuntut ilmu, beramal ibadah, berusaha, berkhidmat dan berganding bahu bersama kaum lelaki sesuai dengan aturan dan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Pada hari ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai cabaran yang kadang-kadang menggugah Islam itu sendiri. Fahaman kebebasan yang dipelopori oleh wanita barat yang beranggapan bahawa kebebasan itu ialah kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kehendak hawa nafsu mereka. Fahaman ini telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi wanita Islam dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan perjuangan tersebut yang menuntut kebebasan dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.

Malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa agama Islam adalah penghalang gerakan wanita dalam memanfaatkan potensi mereka bagi usaha pembangunan. Atas nama kemajuan dan pemodenan, banyak wanita Islam terus menerima pemikiran ini dan mempraktikkan budaya dan nilai hidup bebas sehingga mengabaikan peranan-peranan yang telah dikhususkan kepada mereka dan mencemarkan nilai kewanitaan yang ada pada mereka.

Muslimat memiliki peranan besar dalam membentuk masyarakat. Ini kerana awal pertumbuhan dan perkembangan sesuatu generasi berada di bawah asuhan dan didikan kita. Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan tertinggi sesuatu bangsa atau negara, wanita Islam tidak diberikan hak untuk memegang jawatan tersebut. Ini bukanlah kerana taraf wanita itu dianggap lebih rendah daripada lelaki, tetapi kerana wanita secara tabi`inya mempunyai jiwa yang lembut dan emosi yang mudah mempengaruhi.

Meskipun muslimat tidak boleh memikul beban jawatan yang berat dalam mentadbir negara (imamat), tidak bermakna kita tidak berupaya memegang jawatan atau tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya dalam membangun bangsa dan negara. Kitalah jurubicara ummah.

Suara-suara muslimat memberikan pendapat dan pandangan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding dengan kaum lelaki. Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.

Tinggalkan dahulu kenangan lama kita yang lebih suka bergerak kerja di belakang tabir kerana pada hari ini kita akan melakukan satu perubahan dalam gerakan bagi merubah masyarakat.Cukup-cukuplah kita menjadi pendengar dan penonton kepada gerakan feminisme seperti Sister in Islam (SIS) yang tegar memperjuangkan ISU gender dan kesamarataan antara hak wanita dan lelaki.

Jati diri wanita Islam yang telah turut tercalar dengan pengaruh perjuangan gender ala barat ini memerlukan perhatian masyarakat umat Islam untuk dibanteras sama sekali agar fahaman dan ideologi ini tidak terus-terusan menyesatkan masyarakat kita.

Maka, Srikandi Gerakan Muslimat Muda perlu bangkit untuk memainkan peranan dan tangunggjawab kita terhadap masyarakat. Dengan semangat sepasukan yang digembelengkan bersama bisa melahirkan satu gerakan yang berwibawa dan kental dalam menghadapi kritikan dan pandangan umum terhadap mahasiswi.

Biar tohmahan dan cacian yang dilemparkan, namun kita akan tetap terus memandang ke hadapan dan meneruskan langkah perjuangan kerana kita sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat. Abaikan sebentar pandangan rendah mereka terhadap kita, tapi sahutlah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berhati-hati dalam menyusun gerak langkah agar gerakan kita tidak nampak kalut dan lemah.

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam. Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah. Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah. Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skema amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .

MUSLIMAT MENDEPANI GENERASI MUDA




Dalam usaha untuk kita mendekati anak-anak muda, persepsi awal mereka terhadap kita perlulah dipositifkan untuk melancarkan gerak kerja dakwah ‘win-win situation’ di antara kita dengan mereka.

Hal ini hanya akan berlaku apabila cara kita mendekati mereka kena pada gayanya dan tidak menjadikan mereka lebih jauh dari kita. Maka pendekatan “senyum da`ie menuju mad`u” perlu diaplikasikan dalam diri setiap da`ie.

Perlu juga diketahui bahawa generasi muda pada hari ini mempunyai kecenderungan tersendiri. Jiwa mereka segar, jadi mereka mahukan sesuatu yang mencabar naluri dan merangsang penjanaan minda mereka.

Jangan sesekali terbit di hati kita untuk memilih golongan tertentu sebagai mad’u kita tapi dakwah kita perlulah menyeluruh dan mencakupi semua latar belakang. Apabila kita melihat mereka sebagai mad’u, maka akan lahirlah rasa kasih sayang di hati-hati kita untuk mendekati mereka.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan generasi yang lebih sempurna dan bukan hanya hadhari semata-mata. Semua penerapan perlulah berlandaskan syariat Islam.

Program-program yang berbentuk hiburan juga perlu lebih banyak dilaksanakan bagi meraikan kecenderungan mereka terhadap hiburan itu sendiri. Di sinilah peranan perlu dimainkan untuk menanamkan dalam diri mereka dengan hiburan yang mendidik jiwa.

"Treatment" Buat Muslimat


Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan.
Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Kebiasaannya pula dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini.
Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni.
Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat.
Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa.
Saya tahu ada insan-insan di luar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.
Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti "Muslimat POWER, POWER, POWER !!! " yang dilaungkan bermula dari STIGMA ( Simposium Tindakan Gerakan MUslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu.
Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', elemen 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekat lama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja.
Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.Sekadar sedikit luahan rasa saya buat semua muslimat, srikandi gerakan. Kita boleh melangkah jauh, yang penting sedar kenapa kita perlu melangkah, ke mana hendak melangkah dan bagaimana hendak melangkah. Mulakan dengan langkah yang pertama hari ini.

~srikandiharakah.blogspot.com~


SIGMA : ANALISIS KRITIKAL MENGENAI RANCANGAN REALITI TV


Tanyalah anak-anak hari ini, siapa yang tidak tahu apa itu Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in a Million, Bintang RTM, Bintang Klasik, Mentor, Bintang Kecil, Sehati Berdansa, Geng Starz, U think U Can Dance?, My Starz LG, dan Raja Lawak.? Dan mungkin juga ada lagi rancangan reality TV yang lain yang tidak mampu untuk saya senaraikan di sini.
Hari ini saya meminta bantuan anak-anak murid saya untuk menyenaraikan program-program berunsur hiburan dan agama. Banyak sekali rancangan hiburan berjaya disenaraikan tetapi untuk rancangan yang berunsur ilmu hanyalah beberapa jenis sahaja. Antaranya hanyalah Akademi Al-Quran, Gadis Melayu, Akademi Nasyid, Cari Menantu dan Tilawah al-Quran sahaja.
Bukan salah anak-anak murid saya yang kurang tahu tentang rancangan berunsur agama, tetapi hakikatnya memang ianya tidak wujud sebanyak rancangan berunsur hiburan!Ligat otak saya berfikir, apakah peranan media dewasa ini hanyalah untuk memberikan hiburan melampau yang tidak sudah-sudah kepada masyarakat?
Saya ambil contoh yang cukup mudah. Seawal usia anak-anak kecil yang masih berada di sekolah rendah, yang masih tidak tahu mengaji al-Quran, tidak kenal siapa Rasul dan Allah, sudah pun diajar untuk menjadi bintang melalui rancangan Bintang Kecil.
Bagi anak-anak muda remaja pula yang masih perlukan bimbingan untuk menjadi bintang, ada tersedia ‘mentor-mentor’ di TV3 dan Akademi Fantasia.
Bagi mereka yang agak matang pula dan ingin menjadi bintang-bintang berkerlipan di angkasa, ada Malaysian Idol, One in a Million, Geng Starz, Bintang RTM, Bintang Klasik dan My Starz LG. Tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang tidaklah bersuara merdu tetapi pandai menari, ada lagi ruang yang tersedia untuk tetap menjadi popular iaitu U Think U Can Dance?, Sehati Berdansa dan yang terbaru, Sayang, U Can Dance!
Bagi mereka yang pandai membuat lawak pula, Raja Lawak tidak terkecuali.Nah! Habis sudah semuanya. Pihak televisyen masing-masing berlumba-lumba ‘mambantu’ rakyat Malaysia yang ingin mengejar populariti. Apa lagi yang ada untuk pencinta-pencinta ilmu? Yang tinggal hanyalah 4 hingga 5 sahaja program reality yang boleh dijadikan manfaat.
Sebab itu, tidak hairanlah jumlah penonton Akademi Nasyid, Akademi al-Quran, Gadis Melayu dan Cari Menantu mencecah jutaan orang. Nyata dan terbukti, masyarakat sedang dahagakan rancangan-rancangan ilmiah yang mendidik jiwa dan sesuai dengan identiti timur yang penuh kesopanan.
Manfaat Program Realiti TVYa, tidak dinafikan program-program hiburan tersebut masih ada manfaatnya. Saya boleh berikan 2 manfaat utama. Pertama sekali kepada mereka yang ingin menjadi popular tersebut. Kalau nasib menyebelahi diri, mereka akan menang dan mendapat kenikmatan material yang melimpah ruah dalam sekelip mata sahaja. Dan yang paling penting, rakyat Malaysia mengenali mereka.
Daripada orang biasa, terus menjadi orang yang luar daripada kenormalan. Kedua, kepada pihak penganjur. Program-program reality TV biasanya mengharapkan undian daripada penonton. Contoh yang paling mudah, AF UNDI MAWI. Jadi, peminat-peminat Mawi pun berpusu-pusulah menghantar undian. Akhirnya, Mawi ditakdirkan menang, dapat hadiah bermacam-macam, berjuta-juta.
Tapi pengundinya pula dapat apa? Adakah Mawi memberikan sekurang-kurangnya RM 10 kepada pengundinya sebagai tanda terima kasih? TIADA! Bagi pihak penganjur pula, nilai yang mereka korbankan sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang hanyalah sebesar kuman jika hendak dibandingkan dengan nilai yang mereka berjaya kumpulkan daripada undian SMS peminat-peminat tersebut.
Yang Tidak Enak
Walaupun saya belum menyatakan dengan jelas akan perkara-perkara yang kurang enak pada program realiti yang berbentuk hiburan ini, sudah ada seorang pelajar saya yang berbangsa India menyuarakan, “Berlaku PEMBAZIRAN, cikgu.” Ya, tepat sekali.
Ini salah satunya yang paling dekat terkena pada orang yang murah kredit untuk mengundi bakal artis kesayangan mereka. Seperti huraian di atas, samada manusia yang mereka minati itu menang atau kalah, duit mereka tetap habis dan mereka tidak mendapat sebarang kelebihan daripada artis-artis tersebut.Apabila kita tinjau dari sudut pakaian, sudah pasti ramai yang bersetuju dengan saya bahawa tiada pakaian mereka yang menjalani program reality tv ini boleh dimasukkan dalam kategori menutup aurat secara sempurna bahkan mereka ini berpakaian (maaf saya katakan di sini) seperti bertelanjang!
Saya memetik hadith Rasulullah yang menyatakan perempuan akhir zaman, berpakaian tetapi seperti bertelanjang. Tidak perlu saya memberi definisi menutup aurat dengan sempurna di sini kerana saya yakin pembaca-pembaca sudah jelas dengan panduan yang Pencipta kita lampirkan dalam Surah An-Nur Ayat 31.Namun. di sini saya ingin menyatakan kekhuatiran saya yang teramat, melihat corak pemakaian bakal-bakal artis yang bakal dipuja oleh kebanyakan masyarakat khususnya remaja. Pakaian mereka terlalu singkat, jarang, ketat dan menjolok bola mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Pendek kata, mereka beraksi di pentas dengan penuh seksi dan membangkitkan keghairahan kaum lelaki.
Saya tidak pasti kenapa perlu memilih pakaian seumpama ini. Adakah untuk memancing undi kaum lelaki yang memamg mudah terpancing dengan keseksian wanita? Satu persoalan yang mungkin merupakan jawapan. Tetapi saya yakin, jawapan sebenar ialah pasti ada yang pincang pada hiburan yang melampau tanpa fesyen yang pelik-pelik dan mengghairahkan ini.Pakej hiburan melampau hanya akan lengkap bila hadirnya pakaian yang, “WOW! Seksi dan menggairahkan”, suara yang sengaja dimerdukan, tarian yang mempesonakan dan keakraban antara peserta-peserta program tanpa mengira harta, keturunan, rupa dan yang paling penting, JANTINA.
Lantas, pasti ada yang tak kena andai tiada adegan peluk-memeluk, cium-mencium sambil menangisi kawan-kawan yang tersingkir tanpa mengira lelaki atau perempuan. Adakah amalan ini selari dengan budaya timur tradisi turun-temurun, zaman-berzaman kita?
Ikutan yang Tidak KenaMereka yang menyertai rancangan-rancangan seumpama ini kerap kali akan mendapat popularity yang segera dan pasti akan menjadi ikutan anak-anak muda yang sedang mencari identity. Semua tindak-tanduk, gerak-geri, kata-kata, imej, personality dan segala-galanya akan menjadi panduan remaja masa kini yang mempersetankan halal dan haram serta baik atau buruk.
Maka, lahirlah generasi baru yang jauh daripada nilai-nilai murni yang pernah diterapkan oleh nenek moyang dahulu. Ikon-ikon yang sama sekali tidak mendidik ini akhirnya mewujudkan ‘krisis nilai’ dalam jiwa ahli masyarakat muda hari ini. Krisis nilai inilah merupakan punca utama runtuhnya akhlak dan moral. Mereka tidak mampu membezakan yang baik dan buruk, yang halal dan haram kerana contoh mereka yang di depan mata sendiri, pincang dalam membuat perbandingan tersebut.Teringat zaman persekolahan dahulu, terlalu kerap isu keruntuhan akhlak dan moral dibincangkan hatta seringkali menjadi tajuk utama dalam karangan Bahasa Melayu kertas 2. Isi utama yang kerapkali saya lontarkan ialah kurangnya didikan agama, didikan ibu bapa dan pengaruh media massa .
Tiap kali menulis, saya dengan sepenuh hati berharap agar pihak-pihak yang terlibat mengambil berat akan kritikan yang dilontarkan sehingga akhirnya mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala keruntuhan sahsiah ini. Namun, nyata sekali, apa yang telah saya dan semua pelajar sezaman saya utarakan hanya tinggal catatan di kertas yang akhirnya dikitar semula.
Kita harus sedar, fenomena krisis nilai yang dapat kita saksikan secara langsung hari ini memungkinkan masa depan negara dalam beberapa tahun akan datang hanya bisa dipimpin oleh mereka yang lemah akhlak serta emosi dan rendah tahap inteleknya. Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi pada Malaysia 20 tahun akan datang? Bersungguh-sungguh saya katakan di sini, SAYA SANGAT KHUATIR!
Peranan mediaDi sini, saya ingin menyeru pihak yang paling bertanggungjawab dalam hal ini iaitu media massa agar kalian menginsafi diri. Kejarlah keuntungan dengan cara menang-menang bukan anda sahaja yang mendapat manfaat tetapi mengakibatkan masyarakat akhirnya menuju satu fasa yang melemahkan.
Tidak salah untuk melahirkan mereka yang berbakat kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan dan merupakan fitrah dalam diri insan. Namun, sejauhmana pembawaan seni itu ke arah kebaikan atau keburukan, pasti akan dipersoalkan suatu masa nanti.
Janganlah kerana untung berganda hari ini akhirnya menjadi punca kita semua mengalami kerugian pada suatu masa yang akan datang. Sementara masih belum terlambat, jalankan peranan anda yang sebenar!

Siti Rogayah Bahari,
8 April 2009,
SIGMA-BBMN, Pulau Pinang.

MEMORANDUM MEMBANTAH KEPUTUSAN KABINET

MEMORANDUM MEMBANTAH KEPUTUSAN KABINET MENETAPKAN AGAMA ASAL ANAK MENGIKUT AGAMA ASAL IBU DAN BAPA SEMASA PERKAHWINAN


KEPADA :
Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA



Yang Amat Berhormat Dato’,

MENUNTUT PIHAK KABINET MENARIK SEMULA KEPUTUSAN MENETAPKAN AGAMA ASAL ANAK MENGIKUT AGAMA ASAL IBU DAN BAPA SEMASA MEREKA BERKAHWIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan segera Yang Amat Berhormat Dato’ Seri.

2. Di atas kesedaran untuk mempertahankan ketinggian martabat agama dan menjamin keluhuran perlembagaan Malaysia, kami mewakili kolisi Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti-universiti sekitar Lembah Klang menyatakan bantahan terhadap keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kabinet berkenaan isu menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan ayah semasa mereka berkahwin. Mesyuarat pada 23 April 2009 tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kemudiannya diumumkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz yang juga merupakan salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3. Sepertimana yang kita semua maklum, isu berkenaan status agama anak yang masih di bawah umur setelah salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, menjadi perdebatan hangat sejak dari dahulu lagi, sama ada anak tersebut juga dikira sebagai Islam atau masih kekal mengikut agama asal semasa ibu dan bapanya berkahwin. Terbaru, kes Kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam. Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya,Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu. Berikutan itu, Indra telah meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkan padanya terlebih dulu. Kes ini hingga kini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak.

4. Kami memandang bahawa keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kabinet berkenaan dengan isu ini mempunyai beberapa kelemahan yang ketara. Antaranya adalah :

· Keputusan Kabinet ini juga seolah-olah telah campurtangan dalam urusan kehakiman dan mencemar sistem pengasingan kuasa atau Separation of Power yang diamalkan di Malaysia apabila pihak eksekutif ( Kabinet ) mula campurtangan dalam urusan judiciary ( kehakiman ).

· Pihak Jawatankuasa Khas Kabinet ini juga telah membuat keputusan ini disaat perbicaraan berkenaan kes ini masih lagi berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Perak.

· Keputusan ini dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa dan seolah-olah mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah berkaitan dengan isu status agama anak bagi pasangan yang salah seorang daripadanya memeluk Islam. Antara hujah pihak Kabinet adalah untuk menyelesaikan konflik ini untuk jangkamasa yang panjang.

· Keputusan Kabinet ini juga diambil tanpa merujuk kepada Majlis Mufti atau mana-mana pihak yang berautoriti dalam agama Islam dan juga pihak yang berautoriti dari sudut undang-undang Sivil dan Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


5. Bertitik tolak dari rasional di atas, mahasiswa hadir dengan membawa beberapa hujah agar pihak Kabinet menarik semula keputusan ini. Mahasiswa juga memberi beberapa cadangan alternatif untuk perhatian pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Antaranya :

Keputusan ini dilihat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif. Tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

Dalam isu ini, Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Keputusan Jemaah Menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah Menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam dan juga kekeliruan dikalangan masyarakat bukan Islam juga.

Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permasalahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Keputusan ini juga dilihat dibuat tergesa-gesa, tidak merujuk kepada golongan pakar agama (ulama) terlebih dahulu sedangkan isu ini merupakan isu berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam. Seharusnya pihak Kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan. Justeru mahasiswa mencadangkan agar perbincangan ilmiah dan pertemuan antara ketua-ketua agama perlu dilakukan demi mendengar dan mendapat pandangan yang adil dari semua pihak. Perbincangan ilmiah dan mendalam berkenaan dengan isu ini amat diperlukan demi mendapatkan keputusan yang matang dan juga memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Selain itu, mahasiswa juga mencadangkan agar kedua-dua pihak, mahkamah sivil dan syariah perlu mencari titik harmoni antara kedua-dua bidangkuasa mahkamah dalam isu ini. Pertemuan antara pihak tertinggi yang mengetuai mahkamah sivil dan pihak yang mengetuai mahkamah syariah perlu dilakukan demi mencari titik sepakat dan menyelesaikan konflik dan kekeliruan berkaitan dengan isu yang sepenting ini.



Justeru, mahasiswa memohon agar pihak Kabinet menarik semula keputusan ini demi kepentingan dan keadilan untuk semua pihak. Mahasiswa optimis pihak Kabinet pasti mahukan yang terbaik dan keadilan untuk semua pihak. Berikan masa yang secukupnya untuk perbincangan dari sudut agama dan juga undang-undang sebelum membuat sebarang keputusan. Serahkan pada yang lebih berautoriti untuk membuat keputusan dalam isu ini.



Sekian, terima kasih.




Memorandum ini telah dipersetujui bersama oleh :



Kelab Maaaruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [ MCUIAM ]
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [ PMIUM ]
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia [ PMIUPM ]
Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia [ ISIUKM ]
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM [ MPMUIAM ]
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya [ MPMUM ]
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional [ MPMN ]
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [ GAMIS ]
Solidariti Mahasiswa Malaysia [ SMM ]

Sunday, April 12, 2009

MUSAWAH :

SATU LAGI SIRI UJIAN KEINTELEKTUALAN PENCINTA ISLAM

Ma’ruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpandangan program ‘Musawah’ bertemakan Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran Sisters in Islam (SIS), tidak akan menyelesaikan masalah akar umbi (real problem) kepada ketidakadilan yang menimpa kaum wanita dan keluarga Muslim di Malaysia. Pertikaian terbuka kepada beberapa hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang telah dipersetujui secara sepakat ulamak muktabar tanpa melalui jalan dialog ilmiyyah dengan sarjana-sarjana Islam tidak akan menyelesaikan segala doktrin hak asasi yang mereka perjuangkan.

Adalah satu tindakan terpuji jika kerajaan Malaysia bersedia memperbanyak wacana-wacana pemahaman Islam di Malaysia, namun apabila program seperti Musawah membabitkan kira-kira 200 aktivis liberalis tanpa seorangpun ulama Islam muktabar di Malaysia atau luar negara dijemput menjadi panel atau sekurang-kurangnya sebagai pemerhati, perasmian oleh Penasihat Khas Perdana Menteri adalah satu tindakan yang akan mengundang prejudis menebal kalangan pemikir-pemikir dan aktivis Islam terhadap motif kerajaan merestui program seperti ini.

Pepatah Arab menyebut bahawa manusia itu sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka jahilkan. Tokoh-tokoh pemikir Islam yang berani berdebat secara terbuka seperti Ahmad Deedat, Malcolm X, Shah Kirit Govindji di Malaysia dan ramai lagi seharusnya mengajar SIS untuk berani bersemuka dengan apa jua jaluran pemikiran yang wujud dari kalangan peserta andaikata mereka meyakini kebenaran di pihak mereka.

Sebagai mahasiswi Islam, banyak ketidakadilan, perceraian dan diskriminasi yang berlaku ke atas golongan wanita adalah disebabkan jauhnya manusia dari pedoman dan bimbingan Islam itu sendiri, bukannya kesalahan konsep dan hukum yang telah diberikan Tuhan. Banyak kajian dan temuramah terhadap mangsa yang dilakukan telah membuktikan hakikat ini. Ketahuilah, fakta sejarah Arab membuktikan layanan sistem Jahiliyah lebih dahsyat terhadap kaum hawa. Mereka tidak ubah seperti hamba yang mesti sujud pada kaum lelaki. Namun Islam datang memartabatkan wanita, mentamadunkan bangsa Arab yang bengis dan kasar itu. Cukuplah tudung memelihara maruah wanita daripada pandangan mata durjana manusia yang semakin ramai gilakan seks pada saat ini.

Kepada para pimpinan parti politik dan NGO Islam, program seperti Musawah hanyalah satu siri dari siri-siri ujian keintelektualan para pencinta Islam. Sekiranya pendekatan konfrontasi menjadi pilihan utama berbanding kesediaan menganjurkan sendiri dialog-dialog mengenai Syariah Islam, selagi itulah kelompok seperti SIS akan terus melihat kita sebagai entiti yang mesti dimusuhi dan tidak boleh didekati atau diajak berbincang. Para pencinta Islam mestilah pro-aktif, bukannya sekadar responsif mahupun defensif untuk memulakan sebarang perdebatan konstruktif, mengambil ruh al-Quran supaya dapat diresolusikan suatu pandangan yang “ahsan”, yang dapat dilihat dan diadili oleh masyarakat secara intelek. Fakta kenaikan kadar jenayah dan kekerasan terhadap wanita, keampuhan polisi-polisi kerajaan sedia ada dalam melindungi wanita dan kesejahteraan rumahtangga boleh menjadi titik yang mempertemukan antara kedua-dua belah pihak ini. Kita masih ingat suatu debat Gerakan Tajdid yang pernah diadakan membabitkan Astora Jabat dan Dr Asri Zainal Abidin. Sudah terhentikan semangat dialog dan debat seperti itu ?

Kelab Ma’ruf UIAM menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswa Islam untuk menjadi barisan hadapan pejuang agama yang berwibawa dalam sudut penentangan ghazwul fikri. Persatuan-persatuan mahasiswa Islam juga perlu bersedia menggalas tugas selaku front liner dalam kampus dengan memperbanyak dialog-dialog bersifat inter-faith dan mengharmonikan pertembungan dua jaluran pemikiran yang berbeza terhadap warga kampus. Kita perlulah mencontohi kewujudan Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization (INSISTS) di Jakarta yang sangat digeruni oleh golongan Islam Liberal yang makin bermaharajela di Indonesia.

Pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme, rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam. Aktivis-aktivis mahasiswa Islam tidak boleh alpa dari membaca tulisan-tulisan cendikiawan penting yang telah memberikan penjelasan bernas dalam menangani konflik-konflik pertembungan pemikiran seperti Ahmad Deedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain. Segala konflik pemikiran janganlah diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman atau sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata. Terokailah cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab dengan menjuarai gelanggang-gelanggang ilmu dan pentas-pentas diskusi intelektual.

Nurul Syuhada Haji Shuib,

Timbalan Presiden 2,

Kelab Ma’ruf UIAM

(penulis juga adalah mahasiswi Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim)