Tuesday, May 5, 2009

MUSLIMAT MENDEPANI GENERASI MUDA




Dalam usaha untuk kita mendekati anak-anak muda, persepsi awal mereka terhadap kita perlulah dipositifkan untuk melancarkan gerak kerja dakwah ‘win-win situation’ di antara kita dengan mereka.

Hal ini hanya akan berlaku apabila cara kita mendekati mereka kena pada gayanya dan tidak menjadikan mereka lebih jauh dari kita. Maka pendekatan “senyum da`ie menuju mad`u” perlu diaplikasikan dalam diri setiap da`ie.

Perlu juga diketahui bahawa generasi muda pada hari ini mempunyai kecenderungan tersendiri. Jiwa mereka segar, jadi mereka mahukan sesuatu yang mencabar naluri dan merangsang penjanaan minda mereka.

Jangan sesekali terbit di hati kita untuk memilih golongan tertentu sebagai mad’u kita tapi dakwah kita perlulah menyeluruh dan mencakupi semua latar belakang. Apabila kita melihat mereka sebagai mad’u, maka akan lahirlah rasa kasih sayang di hati-hati kita untuk mendekati mereka.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan generasi yang lebih sempurna dan bukan hanya hadhari semata-mata. Semua penerapan perlulah berlandaskan syariat Islam.

Program-program yang berbentuk hiburan juga perlu lebih banyak dilaksanakan bagi meraikan kecenderungan mereka terhadap hiburan itu sendiri. Di sinilah peranan perlu dimainkan untuk menanamkan dalam diri mereka dengan hiburan yang mendidik jiwa.

No comments:

Post a Comment